Rumah Kuning juara sukan ria

Rumah Kuning juara sukan ria

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 10 Mei – Rumah Kuning muncul juara Sukan Ria Sekolah Misi St Margaret Ke-59 yang berlangsung di Padang AAC (Anthony Abel College), Seria hari ini dengan 800 pelajar dari Tahun 4 hingga 6 mengambil bahagian.

Pasukan berkenaan berjaya meraih mata tertinggi berbanding dua pasukan yang lain iaitu Pasukan Biru dan Merah dengan kemenangan paling banyak untuk acara-acara yang dipertandingkan.

Pegawai Kanan Pelajaran yang juga Ketua Jabatan Ko-kurikulum Pendidikan Cawangan Belait Haji Eady Sardi Bin Pehin Datu Dermasakti Dato Paduka Haji Abdul Razak hadir selaku tetamu kehormat yang merasmikan sukan tahunan serta menyampaikan pingat kemenangan kepada para peserta.

Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat rumah yang bertanding diikuti upacara perasmian oleh tetamu kehormat.

Rumah Kuning muncul juara Sukan Tahunan Ke-59 Sekolah Misi St Margaret.
Rumah Kuning muncul juara Sukan Tahunan Ke-59 Sekolah Misi St Margaret.
Pemenang yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga untuk salah satu acara Sukan Ria Sekolah Misi St Margaret.
Pemenang yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga untuk salah satu acara Sukan Ria Sekolah Misi St Margaret.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Larian 100m dan 200m bagi Kategori A, B dan C bagi Lelaki dan Wanita, Larian 200m Terbuka Lelaki dan Wanita, Larian berganti-ganti Terbuka Sekolah dan 400m Larian Berganti-ganti Kategori A dan B bagi Lelaki dan Wanita.

Tujuan utama sukan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecergasan mental dan fizikal pelajar selain mencungkil bakat di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara pelajar dan guru sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA