Rumah meletup di New York, 1 maut

Rumah meletup di New York, 1 maut

NEW YORK, 28 Sept – Seorang ketua batalion dalam Jabatan Bomba New York terbunuh semalam apabila sebarisan rumah meletup ketika menyelia pemindahan ekoran laporan kebocoran gas dan pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada bangunan digunakan untuk menanam marijuana.

Lewat semalam, para penyiasat berkata mereka sedang menyoal siasat seorang lelaki yang berkaitan tetapi tidak memberikan butiran lanjut. Rumah dua tingkat dan beberapa rumah bersebelahan di Bronx telah dikosongkan dan kakitangan bomba berada di tempat kejadian selama sejam apabila letupan berlaku pada pukul 7:30 pagi, mengejutkan para jiran dari tidur, mengakibatkan bumbung rumah terpelanting dan kepingan-kepingan kayu dan bata terpelanting ke jalan raya.

Michael Fahy, veteran dalam jabatan bomba selama 17 tahun dan juga ayah kepada tiga orang anak, mengarahkan operasi di jalan raya apabila serpihan-serpihan jatuh mengenai dirinya, menurut pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Polis James O’Neill berkata kira-kira dua minggu lalu pihak polis telah menerima maklumat tentang kemungkinan kegiatan dadah di blok itu. Siasatan letupan itu termasuklah siasatan terhadap rumah itu yang telah digunakan bagi penanaman marijuana,” katanya lagi.

Gambar daripada sebuah rakaman video yang disediakan oleh WABC-TV, menunjukkan asap kelihatan dari sebuah rumah yang meletup di kota kecil Bronx di New York, kelmarin. – AP
Gambar daripada sebuah rakaman video yang disediakan oleh WABC-TV, menunjukkan asap kelihatan dari sebuah rumah yang meletup di kota kecil Bronx di New York, kelmarin. – AP

Punca letupan belum dipastikan. Marijuana kerap ditanam secara haram di ruang-ruang tertutup dengan menggunakan gas propana yang menjana generator karbon dioksida untuk mengembangkan pengeluaran. Pihak berkuasa undang-undang New York tidak dapat menyatakan dengan segera sama ada ia dibina dan dilakukan di rumah Bronx tersebut.

Para penduduk berlegar-legar selepas kejadian itu. Serpihan-serpihan berselerak di jalan raya dan menutupi kereta yang diletakkan di situ; sebuah rumah hancur dan memperlihatkan timbunan tembok, wayar dan logam yang berpintal-pintal. Pihak berkuasa berkata rumah itu mempunyai penyewa dan mereka sedang menyiasat siapakah mereka itu. – AP