Rumah mertua dijilat api

Rumah mertua dijilat api

Oleh Arissa

 

LIMBANG,13 April – Seorang menantu lelaki membuat laporan polis sebaik dimaklumkan rumah kayu setingkat milik mentuanya yang tiada penghuni sejak tiga tahun lepas didapati terbakar di Kampung Ulak Hulu malam Sabtu lepas.

Mangsa 23, dari Kampung Meritam menerima panggilan telefon dari sepupunya sekitar jam 8 malam memaklumkan rumah mentuanya hangus disyaki dibakar orang.

Ketua Polis Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dengan dua suspek berusia 21 dan 30 tahun dari Kampung Ulak dan Telahak telah ditahan bagi membantu siasatan.

Setakat ini beliau mendedahkan belum menemui kesan atau penemuan barang-barang disyaki khianat. “Kejadian itu juga menyebabkan mereka kerugian RM20,000.”

Mengulas lanjut, katanya, rumah tempat kejadian telah lama ditinggalkan ibu mentua mangsa yang balik menetap di Brunei sekitar lebih tiga tahun lepas.