Rumah panjang terbakar di bintulu

Rumah panjang terbakar di bintulu

MIRI, 29 Sept – Lebih 160 orang penduduk Rumah Panjang Indang Abok di Sungai Labang Sebauh, Bintulu hilang tempat tinggal dalam kebakaran malam tadi.

Pegawai Daerah Sebauh, Desmond Jerukan berkata dalam kejadian 9 malam itu, 33 daripada 41 pintu rumah hangus dijilat api manakala lapan pintu lagi terselamat. Rumah panjang itu mempunyai 250 orang penghuni yang majoritinya menetap dan bekerja di Bintulu. – Bernama