Rumah pekerja asing dijilat api

Rumah pekerja asing dijilat api

Oleh Ampuan Irma Susanti

 

TEMBURONG, 9 Jan – Sebuah rumah dua tingkat ranap dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Sungai Menengah, petang kelmarin.

Kejadian itu memusnahkan 90 peratus rumah berkenaan yang didiami 10 orang pekerja warga Bangladesh.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan kira-kira pukul 5.30 minit petang.

Operasi memadam yang diketuai oleh Ahli Bomba Kanan, 464 Haji Yusof bin Haji Jerudin dengan melibatkan dua buah jentera bomba dari Operasi ‘G’ Balai Bomba Bangar mengambil masa 13 minit untuk memadamkan kebakaran.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan api kebakaran.
Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan api kebakaran.

ARTIKEL YANG SAMA