Rumah Putih bincang situasi di Gaza

WASHINGTON, 13 Mac – Rumah Putih akan mengadakan satu persidangan mengenai situasi kemanusiaan di Gaza hari ini, namun ia tidak pasti sekiranya para pegawai Palestin turut hadir.

Sementara itu, pentadbiran Presiden Donald Trump ‘percaya situasi kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza memerlukan perhatian segera,” menurut perutusan khas Amerika Syarikat (AS) Jason Green-blatt semasa mengumumkan bagi persidangan.

Pertemuan itu dijangka akan melibatkan penasihat kanan tertinggi Rumah Putih Jared Kushner, Majlis Keselamatan Negara dan pelbagai pihak yang relevan, menurut Green-blatt.

Namun tidak dapat dipastikan sekiranya para pegawai Palestin akan melanggar boikot de facto mereka ke atas pegawai AS untuk hadir.

Rakyat Palestin yang marah akibat keputusan Presiden Donald Trump yang memecahkan dasar AS lama dengan mengiktirafnya Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Kami gembira dengan senarai peserta yang komited, yang merangkumi banyak pihak yang berkaitan dan menjangkakan satu dialog yang mantap,” ujar Greenblatt.

“Cabarannya itu akan menentukan idea-idea yang boleh dilaksanakan secara realistik memandangkan fakta bahawa rakyat Palestin di Gaza akan terus menderita di bawah pihak berkuasa Hamas.”

Sekatan berdekad-dekad lama Israel dan pertikaian antara penguasa Islam di Gaza dan Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat telah menyebabkan kemunduran ekonomi di rantau itu. – AFP