Rumah putih d...

Rumah putih dihentam pelbagai tuduhan

WASHINGTON, 17 Mei – Rumah Putih Donald Trump semalam berdepan dua dakwaan bahawa beliau sendiri cuba membatalkan penyiasatan FBI dan beliau telah mendedahkan maklumat rahsia kepada para pegawai tertinggi Rusia.

Pentadbiran jutawan Republikan itu yang kini baru berusia empat bulan dalam keadaan kebingungan oleh dua dakwaan, yang mencetuskan kemarahan pantas dari pihak Demokrat yang menuntut penjelasan penuh.

Mana-mana dakwaan, bahawa beliau telah mendedahkan maklumat rahsia kepada Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov ketika rundingan Oval Office, atau beliau mendesak pengarah FBI James Comey supaya menggugurkan penyiasatan ke atas bekas penasiha keselamatan kebangsaan Michael Flynn, akan mengakibatkan Rumah Putih di landa krisis serius.

Namun laporan – kedua-duanya telah dipatahkan oleh pasukan Trump,menambah lagi tanggapan yang meningkat tentang pentadbiran Trump dalam keadaan yang berterusan dalam kelam kabut.

Ketika kakitangan Rumah Putih berusaha menjelaskan tentang keputusan Trump untuk memberitahu Lavrov tentang ancaman bom IS yang dikumpul oleh risikan Israel, New York Times melakukan satu lagi kegemparan.

Akhbar itu yang merujuk dua orang yang membaca nota yang ditulis oleh Comey – melaporkan bahawa apabila Comey menemui Trump pada hari selepas Flynn meletak jawatan, presiden cuba menghentikan sebarang penyiasatan FBI.

“Saya harap kamu boleh melihat jalan jelas untuk melepaskan ini, untuk melepaskan Flynn,” Trump dituduh memberitahu Comey, menurut memo yang ditulis oleh bekas ketua FBI itu yang dipecat minggu lalu.

“Dia adalah lelaki yang baik. Saya harap anda melepaskannya.”

Dalam sepucuk surat kepada pemangku pengarah FBI Andrew McCabe, Jawatankuasa Pengawasan Senat menuntut semua memo dan dokumen lain atau rakaman berkaitan komunikasi antara Trump dan Comey diserahkan sebelum 24 Mei.

Pengerusi jawatankuasa itu, Jason Chaffetz, anggota Republikan menulis “Jika benar, memorandum ini membangkitkan persoalan tentang sama ada presiden cuba mempengaruhi atau menghalang penyiasatan FBI kerana ia berkaitan dengan Leftenan Jeneral Flynn.” – AFP