Rumah Putih pelan serang Zika

Rumah Putih pelan serang Zika

WASHINGTON, 4 Mac – Rumah Putih akan mengumpulkan para pegawai tempatan dan kerajaan AS bulan depan untuk melakar pelan bagi menyerang nyamuk yang sukar dikawal yang menyebarkan virus Zika menjelang musim kemuncaknya.

Menjelang Jun atau Julai, para pegawai kesihatan persekutuan menjangkakan benua Amerika Syarikat akan menyaksikan kes transmisi pertama tempatan mengenai virus Zika, yang berkaitan dengan ribuan kes yang disyaki mikrosefali, satu kecacatan kelahiran, di Brazil.

Rumah Putih mengundang para pegawai yang terlibat dalam kawalan nyamuk dan kesihatan awam untuk bersidang pada 1 April di ibu pejabat Atlanta di Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit AS untuk berunding tentang bagaimana untuk mengesan dan mengawal penularan virus.

“Senario terbaik, kita boleh mengehadkan penularan, menerimanya dan membanterasnya secepat mungkin,” kata Amy Pope.