Rumah Putih tuduh Israel khianati kepercayaan

Rumah Putih tuduh Israel khianati kepercayaan

WASHINGTON, 6 Okt – Rumah Putih hari ini menuduh Israel mengkhianati kepercayaan, dalam teguran tajam luar biasa terhadap rancangannya untuk membina beratus-ratus rumah petempatan baru jauh di dalam Tebing Barat.

Beberapa hari selepas Presiden Barack Obama meluluskan pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$38 bilion dan menghadiri upacara pengebumian bekas presiden Shimon Peres di Baitulmuqaddis, Rumah Putih menyelar pembinaan 300 buah unit perumahan di tanah ‘jauh lebih dekat dengan Jordan dari Israel’.

Dengan memberi amaran keputusan itu menjejaskan prospek perdamaian Timur Tengah yang memang sudah jauh serta juga keselamatan sendiri Israel, setiausaha media Josh Earnest berkata, kata-kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu adalah dipersoalkan.

“Kami telah menerima jaminan terbuka dari kerajaan Israel yang bercanggah dengan pengumuman ini,” ujarnya.

“Saya kira bila kita bercakap tentang bagaimana rakan baik melayan antara satu sama lain, itu juga mengundang kebimbangan serius.”

Ulasan yang lebih tajam dari biasa dibuat ketika Rumah Putih menimbangkan usaha terakhir untuk mengembalikan proses damai sebelum Obama meninggalkan jawatannya pada bulan Januari nanti.

Sementara rundingan serius nampaknya tidak mungkin, para pegawai AS sedang menimbangkan kemungkinan ucapan utama yang menggariskan had perdamaian. Usaha damai terbantut sejak usaha diketuai AS gagal pada April 2014.

Nada lebih tajam berhubung petempatan itu kini boleh mengakibatkan Israel diletakkan pada perhatian bahawa hubungan akan datang berisiko dan membuatkan Washington lebih dipercayai pihak Palestin dan sekutu Arab mereka.

Dalam kenyataan kata-kata keras serupa, Jabatan Negara berkata membina unit-unit ‘adalah satu lagi langkah ke hadapan mengukuhkan realiti pendudukan kekal satu kerajaan. – AFP