Rumah rakit warga AS terkandas di Limbang

MIRI, 12 Sept – Rumah rakit seorang warga Amerika Syarikat dibawa arus deras pagi ini ketika dia menyusuri Sungai Limbang.

Namun Jonathan Wayne, 71, bernasib baik kerana rakitnya tanpa enjin itu tersangkut pada tongkang yang tenggelam dan sudah lama ditinggalkan di sungai di Kampung Limpaong pada pukul 8.03 pagi.

“Menyedari dia terkandas, dia lalu menghubungi talian 999 untuk meminta bantuan,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Lingem ketika dihubungi.

Rumah rakit yang digunakan oleh Jonathan Wayne. – Bernama

Jonathan sedang mengelilingi dunia dengan menggunakan rakit dan ketika itu dalam pelayaran dari Limbang menuju Brunei.

Tawang berkata Jonathan mengendalikan rumah rakitnya dengan menggunakan dayung sambil mengambil gambar pemandangan di tepi sungai Limbang.

Dia kemudian meneruskan perjalanannya. – Bernama