Rumah Terbuka Adenan di Lundu hari ini

Rumah Terbuka Adenan di Lundu hari ini

KUCHING, 26 Julai (Bernama) – Orang ramai terutama di bandar Lundu, kira-kira 90km dari sini, dan juga bandar-bandar sekitarnya, dijemput menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Sri Jamilah Anu di Dewan Masyarakat Lundu mulai 7 malam esok. Jabatan Penerangan Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata selain juadah hari raya, hadirin juga akan dihidangkan dengan persembahan hiburan oleh beberapa artis tanah air seperti Dayang Nurfaezah, Azizul Khamis dan Salwa Abdul Rahman.

Bandar Lundu yang terletak di barat laut bahagian Kuching dengan kepadatan penduduk sekitar 30,000 orang, berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu yang diwakili oleh Adenan.