Rumah terbuka Adenan Satem pada 1 dan 2 Syawal

Rumah terbuka Adenan Satem pada 1 dan 2 Syawal

KUCHING, 1 Julai (Bernama) – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isterinya Puan Sri Jamilah Anu akan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri pada hari raya pertama dan kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK) di sini.

Menurut kenyataan dari pejabatnya hari ini, Adenan dan isteri akan menerima kunjungan para tetamu bermula jam 10:30 pagi hingga 4 petang pada dua hari berkenaan.

Bas akan disediakan dari Masjid Bahagian Kuching dan Bangunan Dewan Undangan Negeri lama ke BCKK dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Sementara itu pula, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof akan mengadakan rumah terbuka di kediamannya, di PJ Heights di Jalan Sultan Tengah, Petrajaya pada 9 Julai dari 11 pagi hingga 5 petang.