Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Negeri Sarawak

Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUCHING, 13 Julai (Bernama) – Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Seri Ragad Kurdi Taib akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Astana Negeri, Petra Jaya, di sini.

Jabatan Penerangan Negeri Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata pada raya pertama Tuan Yang Terutama dan Toh Puan akan menerima kunjungan menteri kabinet negeri dan pusat serta orang kenamaan tempatan yang lain.

Ia berlangsung dua sesi iaitu dari 10.30 pagi hingga 12.15 tengah hari dan dari 2.30 petang hingga 5 petang.

Pada raya kedua, rumah terbuka itu diadakan mulai 10 pagi hingga 12.30 tengah hari khas untuk ketua-ketua jabatan kerajaan, sektor swasta dan orang ramai. Orang ramai yang menghadiri majlis itu diingatkan agar berpakaian kemas.