Rumah terbuka bersama penduduk Kampung Sukang

Rumah terbuka bersama penduduk Kampung Sukang

WALAUPUN sudah berada di penghujung Syawal namun Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terus diadakan. Sekolah Rendah Datu Maharaja Setia Dian, Sukang, Ulu Belait tidak ketinggalan mengadakan majlis rumah terbuka untuk penduduk-penduduk kampung Sukang dan sekitarnya.

Majlis tersebut dihadiri oleh pemangku penghulu Mukim Sukang yang juga selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam oleh murid-murid dan para hadirin yang hadir. Kemudian bacaan Surah Al-Fatihah dan doa Selamat oleh ketua guru ugama. Acara diteruskan dengan ucapan daripada guru besar dan seterusnya ucapan daripada tetamu kehormat.

Persembahan murid-murid memeriahkan lagi majlis tersebut diikuti dengan ucapan daripada wakil murid. Selepas acara tersebut tetamu dan para hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. – SHSA

Guru-guru dan murid-murid SR Datu Maharaja Setia Dian mengabadikan kenangan semasa majlis rumah terbuka mereka.
Guru-guru dan murid-murid SR Datu Maharaja Setia Dian mengabadikan kenangan semasa majlis rumah terbuka mereka.

ARTIKEL YANG SAMA