Rumah terbuka erat hubungan S’pura-Brunei

Rumah terbuka erat hubungan S’pura-Brunei

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Kedutaan Besar Republik Singapura di Negara Brunei Darussalam bersama Menteri Negara Kanan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Pertahan Republik Singapura, Dr. Mohamad Maliki bin Osman dan isteri, Sadiah binti Shahal, hari ini juga telah mengadakan rumah terbuka yang berlangsung di Dewan Royal Berkshire, Royal Brunei Polo & Riding Club (RBPRC), Jerudong.

Turut hadir ialah Setiausaha Parlimen Kementerian Kebu-dayaan Masyarakat dan Belia Republik Singapura, Baey Yam Keng; Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Republik Singapura, Amri Amin dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke negara ini, Lim Hong Huai.

Majlis Rumah Terbuka Kedutaan Singapura yang dimeriahkan lagi dengan pelbagai hidangan juadah menarik itu bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara kedua-dua buah negara sepanjang keberadaan Dr. Mohamad Maliki di negara ini.

Antara jemputan khas yang hadir ialah menteri-menteri kabinet, para perwakilan luar negara ke Negara Brunei Darussalam dan ramai lagi.

Dr. Mohamad Maliki semasa ditemui memberitahu bahawa ini adalah kunjungan kali ke-4 beliau ke Negara Brunei Darussalam bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri dan setiap tahun sambutan di negara ini sangat meriah dan penuh kemesraan.

Dr. Mohamad Maliki bersama Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman yang turut menghadiri majlis rumah terbuka berkenaan.
Dr. Mohamad Maliki bersama Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman yang turut menghadiri majlis rumah terbuka berkenaan.
Dr. Mohamad Maliki bergambar ramai bersama jemputan yang hadir.
Dr. Mohamad Maliki bergambar ramai bersama jemputan yang hadir.
Antara jemputan yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Kedutaan Singapura berkenaan.
Antara jemputan yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Kedutaan Singapura berkenaan.

Majlis rumah terbuka ini, jelasnya lagi, merupakan salah satu cara untuk menunjukkan penghargaan kepada para jemputan yang hadir kerana telah memberikan layanan yang terbaik kepada kunjungan beliau bersama rombongannya pada tahun ini.

Menurut Dr. Mohamad Maliki, beliau telah pun mengunjungi hampir 30 buah rumah sepanjang keberadaannya di negara ini sejak tiga hari yang lalu dan tahun ini kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri dapat dirasakan dengan begitu jelas sekali.

“Saya berharap akan dapat berkunjung lagi pada tahun-tahun yang akan datang dan berharap agar kedua-dua buah negara ini akan terus meningkatkan lagi hubungan persahabatan yang lebih kukuh dan kuat di dalam apa juga bidang yang ada.”

Beliau juga membuat kunjungan ke Bukit Aman kepada anggota perkhidmatan di sana untuk sama-sama menyambut Hari Raya tahun ini dan juga untuk menunjukkan penghargaan kepada mereka.

Menurutnya lagi, tahun ini, Singapura dan Negara Brunei Darussalam menyambut ulang tahun ke-40 tahun perhubung-an dalam bidang pertahanan
dan beliau juga melahirkan perasaan terima kasih kepada negara ini atas hubungan yang kukuh sehingga sekarang.

ARTIKEL YANG SAMA