Rumah terbuka eratkan silaturahim ahli MPM, MPK

Rumah terbuka eratkan silaturahim ahli MPM, MPK

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 27 Julai – Bulan Syawal sudah pun memasuki hari ke-10, namun suasana meriah Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terasa terutama sekali dengan acara-acara rumah terbuka.

Sementara itu, Penghulu Mukim Seria, Haji Jamail bin Haji Linap dan isteri turut tidak ketinggalan membukakan rumah mereka untuk kunjungan ahli-ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seria dan STKRJ Lorong Tiga Selatan, hari ini.

Menurutnya, acara rumah terbuka itu memberikan peluang untuk beliau dan ahli keluarga mengeratkan lagi ikatan silaturahim dengan kalangan ahli-ahli jawatankuasa MPM dan MPK kampung itu, serta dengan pengunjung lainnya termasuk kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan, swasta, persatuan, badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) dan sebagainya.

Haji Jamail bergambar ramai bersama kalangan pengunjung yang datang ke majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya.
Haji Jamail bergambar ramai bersama kalangan pengunjung yang datang ke majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya.

Di majlis itu, para pengunjung disajikan pelbagai jenis hidangan termasuk kuih-muih, kek dan sebagainya, sambil berbual dan beramah mesra, tidak ketinggalan bertukar-tukar fikiran dengan penghulu.

Acara Rumah Terbuka Hari Raya, merupakan antara yang diadakannya setiap tahun.

ARTIKEL YANG SAMA