Rumah Terbuka Gema Syawal BIBD meriah

Rumah Terbuka Gema Syawal BIBD meriah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Bagi mengeratkan lagi perpaduan dan silaturahim di antara pihak kerajaan, organisasi dan swasta, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengadakan Rumah Terbuka Gema Syawal BIBD di Indera Samudera Ballroom, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong, hari ini.

Dalam majlis yang bermula dari 10 pagi hingga 5 petang itu, para pengunjung telah disajikan dengan pelbagai jenis hidangan istimewa sebagai menyatakan rasa penghargaan BIBD kepada para jemputan terutama pelanggannya yang telah sama-sama menyokong mereka.

Di samping itu, ia juga dapat menghubungkan dan mengeratkan silaturahim di antara ahli-ahli BIBD dan juga pelanggannya.

Antara yang hadir ialah Pengarah Urusan BIBD, Mubashar Khokar, para perwakilan luar negara ke Brunei, pegawai-pegawai kanan kerajaan, perwakilan dari organisasi dan syarikat swasta serta para jemputan lainnya.

Mubashar Khokar bersama pesuruhjaya tinggi dan duta-duta ke negara ini.
Mubashar Khokar bersama pesuruhjaya tinggi dan duta-duta ke negara ini.
Suasana semasa Rumah Terbuka Gema Syawal BIBD di Indera Samudera Ballroom, Empire Hotel & Country Club, Jerudong, kelmarin.
Suasana semasa Rumah Terbuka Gema Syawal BIBD di Indera Samudera Ballroom, Empire Hotel & Country Club, Jerudong, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA