Rumah Terbuka Istana Nurul Iman selama tiga hari

Rumah Terbuka Istana Nurul Iman selama tiga hari

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Grand Chamberlain Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar mengumumkan bahawa sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1436 Hijrah, Istana Nurul Iman akan dibuka selama tiga hari, bermula dari Hari Raya Kedua dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, dan dari jam 2 petang hingga 4 petang, bagi membolehkan orang ramai mengadap dan menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerabat Diraja.

ARTIKEL YANG SAMA