Rumah terbuka Pengiran Perdana Wazir meriah

Rumah terbuka Pengiran Perdana Wazir meriah

Oleh Mohamad Asyramiyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, semalam, berkenan mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Balai Penghadapan Bukit Kayangan, di sini.

Berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar binti Pengiran Anak Haji Metassan serta kerabat diraja yang lain.

Pada majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah berkenan menerima junjung ziarah dan beramah mesra bersama para tetamu yang hadir.

DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah berkenan menerima junjung ziarah. - GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah berkenan menerima junjung ziarah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

M09-2_20150720

M09-3_20150720

M09-4_20150720

M09-5_20150720

M09-6_20150720

M09-7_20150720

 

Kalangan para jemputan yang hadir ke majlis rumah terbuka di Balai Penghadapan Bukit Kayangan.
Kalangan para jemputan yang hadir ke majlis rumah terbuka di Balai Penghadapan Bukit Kayangan.

Turut mengalu-alukan jemputan ialah anakanda-anakanda serta cucunda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir.

Majlis rumah terbuka Duli Yang Teramat Mulia turut dihadiri para pegawai kerajaan dan swasta serta barisan diplomat-diplomat asing ke negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA