Rumah terbuka persatuan bekas perajurit

Rumah terbuka persatuan bekas perajurit

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 1 Ogos – Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam (PBP NBD) turut tidak ketinggalan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri bersempena bulan Syawal yang mulia ini bagi sama-sama mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara ahli-ahli.

Majlis tahunan yang diadakan di Dewan Bandaran, di sini, itu juga bertujuan untuk sama-sama meluangkan masa bertemu dan beramah mesra sesama ahli, kerana peluang ini memang sukar didapatkan pada hari-hari biasa ekoran komitmen dengan kesibukan masing-masing.

Selain para penasihat persatuan, ahli-ahli jawatankuasa kerja tertinggi dan ahli-ahli persatuan serta keluarga di seluruh negara, turut menghadiri majlis berkenaan ialah mantan-mantan pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), pegawai Daerah Belait, ketua dan perwakilan persatuan-persatuan Daerah Belait antaranya Majlis Belia, Pembela, Pemilik Skuter, Pertiwi, Persatuan WI, Katak Ijau dan sebagainya.

Antara yang menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam.
Antara yang menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam.

Turut diundang ialah kalangan keluarga ahli-ahli persatuan yang telah kembali ke rahmatullah, bagi sentiasa mengeratkan ikatan silaturahim bersama mereka.

Majlis telah dimeriahkan dengan beberapa persembahan di samping menjamu pelbagai jenis hidangan yang terdiri daripada kuih-muih dan hidangan bersempena sambutan Hari Raya ini.

ARTIKEL YANG SAMA