Rumah terbuka Pesuruhjaya Polis

Rumah terbuka Pesuruhjaya Polis

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Rumah terbuka sudah menjadi trend setiap kali Sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini, yang mana sejak Hari Raya pertama lagi ramai yang telah mengadakannya dengan menjemput saudara mara dan sahabat handai.

Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Bahrin bin Mohd Noor dan isteri, Datin Rosminah binti Haji Abdul Hamid, hari ini, turut mengadakan rumah terbuka bagi para pegawai dan anggota pangkat rendah Pasukan Polis Diraja Brunei.

Di majlis yang berlangsung di Rumah Aman, Ibu Pejabat Polis, Gadong itu memberi peluang kepada anggota polis untuk bersua muka dengan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain sambil menikmati pelbagai hidangan.

Sesi bergambar ramai bersama para pegawai kanan Pasukan Polis Diraja Brunei.
Sesi bergambar ramai bersama para pegawai kanan Pasukan Polis Diraja Brunei.
Datin Rosminah bersama para pegawai kanan wanita Pasukan Polis Diraja Brunei.
Datin Rosminah bersama para pegawai kanan wanita Pasukan Polis Diraja Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA