Rumah terbuka platform terbaik dekati rakyat

Rumah terbuka platform terbaik dekati rakyat

SANDAKAN, 8 Feb – Tradisi penganjuran Rumah Terbuka bersempena sambutan pelbagai perayaan di negara ini termasuk Tahun Baharu Cina menjadi platform terbaik bagi pemimpin Barisan Nasional (BN) mendekati dan beramah mesra dengan rakyat, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Musa yang juga pengerusi BN Sabah berkata tradisi tersebut sejajar dengan usaha berterusan pemimpin BN sama ada negeri atau pusat mengekalkan hubungan baik dengan rakyat.

“Saya gembira melihat ramai yang hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina bukan sahaja kaum Tionghoa malah pelbagai kaum dan agama.

“Ini membuktikan rakyat Malaysia khususnya di Sabah mengamalkan sikap toleransi begitu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) cawangan Batu Sapi di sini, kelmarin. –Bernama