Rumah Terbuka The Body Shop

Rumah Terbuka The Body Shop

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – The Body Shop Brunei, baru-baru ini, mengadakan Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri yang turut menawarkan pelbagai promosi eksklusif istimewa di kesemua cawangannya di negara ini.

Promosi istimewa yang diadakan sepanjang tiga hari bermula 29 hingga 31 Julai itu menawarkan pemberian paket-paket hijau kepada 160 pelanggan pertama di cawangan The Mall dan 50 pelanggan pertama di cawangan lain.

Pada sambutan itu, The Body Shop Brunei telah menjalin kerjasama rapat dengan The Collectives Arts untuk pengurusan acara dan menjemput blogger-blogger tempatan untuk menjayakan promosi dan acara berkenaan.

Sepanjang acara itu, orang ramai termasuk pelanggan dan blogger-blogger turut dipelawa mencuba produk-produk The Body Shop yang dipamerkan di stesen yang disediakan oleh Pasukan The Body Shop dan menikmati jamuan ringan.

Antara yang menceriakan Rumah Terbuka The Body Shop sempena Hari Raya Aidilfitri.
Antara yang menceriakan Rumah Terbuka The Body Shop sempena Hari Raya Aidilfitri.

ARTIKEL YANG SAMA