Rumah terbuka TOTAL Borneo

Rumah terbuka TOTAL Borneo

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Lebih 200 orang tetamu khas menghadiri rumah terbuka TOTAL E&P Borneo (TEPB) and TOTAL E&P Deep Offshore Borneo (TEPDOB) sempena Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Tarindak d’Seni di ibu negara, hari ini.

Pada majlis itu, tetamu yang hadir diperkenalkan kepada Pengurus Besar TOTAL E & P Borneo B.V. yang baru iaitu Vincent Dutel yang akan mengambil ahli jawatan yang sebelum ini dipegang oleh mantan Pengurus TOTAL E & P Borneo B.V. Yves Grosjean.

Semasa ditemui media pada majlis itu, Yves Grosjean berkata, TOTAL telah mencapai 17 tahun rekod sifar Kehilangan Masa Kecederaan (LTI) di tempat kerja.

Beliau melahirkan perasaan berbangga dengan pencapaian LTI ini, selain mengalu-alukan penyertaan warga Brunei untuk menyertai kumpulan mereka di mana setakat ini, seramai 70 orang rakyat Brunei telah menyertai dalam kumpulan berkenaan.

Sementara itu, Vincent Dutel pula berkata, TOTAL mencatat sejarah yang cukup panjang iaitu 25 tahun dengan pencapaian yang baik di telaga minyak (oilfield) Maharaja Lela Jamalulalam di mana ia baru saja selesai fasa baru dengan pemasangan platform 3 di Maharaja Lela Jamalulalam (MLJ-3).

Vincent Dutel bersama tetamu-tetamu pada majlis itu.
Vincent Dutel bersama tetamu-tetamu pada majlis itu.
Antara tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka itu.
Antara tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka itu.

“Kita perlu meneruskan pencapaian yang lebih dalam usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran di samping masih berusaha menerokai tempat yang berpotensi,” tambahnya.

Menurutnya lagi, walaupun menyedari ia sukar bagi Syarikat Minyak dan Gas untuk mendapatkan kelulusan bagi penambahan kerja dan penerokaan di mana ini disebabkan persaingan peluang dengan negara lain.

“Pada masa ini, tumpuan segera diberikan kepada HSE, kemudahan termasuk persekitaran di mana pencapaian 17 tahun LTI merupakan satu pencapaian yang baik dan ini merupakan satu tanggungjawab penting untuk meneruskan pencapaian tersebut,” jelasnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA