Rumah terbuka Ya-Nur meriah

Rumah terbuka Ya-Nur meriah

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Restoran Ya-Nur mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri buat kali ke-6 tahun ini dengan mengadakan majlis rumah terbuka yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini, hari ini.

Hadir di majlis itu, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati binti Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abdul Rahman, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor’ain berserta anakanda, cucunda-cucunda dan kerabat diraja yang lain.

Turut hadir ialah para pelanggan setia, pembekal dan klien serta rakan-rakan warga Ya-Nur Restaurant & Trading yang disajikan dengan pelbagai hidangan tempatan sambil dipersembahkan dengan nyanyian bagi memeriahkan lagi suasana Sambutan Hari Raya Aidilfitri berkenaan.

Pengarah Urusan Ya-Nur Restaurant & Trading, Pengiran ‘Izzul Raihan bin Pengiran Abu Samah berkata lebih 3,000 tetamu yang hadir di majlis itu.

Keberangkatan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati bersama YTM Paduka Seri Pengiran Anak puteri Hajah Nor’ain berserta anakanda-anakanda dan cucunda serta kerabat diaraja yang lain.
Keberangkatan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati bersama YTM Paduka Seri Pengiran Anak puteri Hajah Nor’ain berserta anakanda-anakanda dan cucunda serta kerabat diaraja yang lain.

pg01_150725_c

“Alhamdulilah, Restoran Ya-Nur mengalu-alukan kehadiran para tetamu dengan hidangan tempatan yang terkenal di restoran ini, terutama sekali kari kepala ikan, daging rendang dan yang lainnya,” jelasnya lagi.

Beliau juga menjelaskan antara tujuan Restoran Ya-Nur mengendalikan acara ini adalah untuk sebagai tanda penghargaan dan mengeratkan lagi silaturahim di antara para pelanggan, klien, pembekal dan yang terlibat dalam menyokong kejayaan Ya-Nur yang kini telah beroperasi lebih 15 tahun.

Antara yang hadir di majlis rumah terbuka Restoran Ya-Nur, semalam.
Antara yang hadir di majlis rumah terbuka Restoran Ya-Nur, semalam.
Antara yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka, Restoran dan Katering Ya-Nur.
Antara yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka, Restoran dan Katering Ya-Nur.

pg04_150725_c

pg04_150725_f

pg04_150725_e

Antara hidangan yang disajikan pada Majlis Rumah Terbuka Restoran dan Katering Ya-Nur.
Antara hidangan yang disajikan pada Majlis Rumah Terbuka Restoran dan Katering Ya-Nur.

pg04_150725_i

pg04_150725_h

Pengarah Urusan Ya-Nur ketika ditemu bual oleh media.
Pengarah Urusan Ya-Nur ketika ditemu bual oleh media.

pg04_150725_j

“Selain menyambut Hari Raya Aidilfitri, acara ini juga antara lain bertujuan mempromosikan hidangan restoran dan perkhidmatan katering yang ada di Ya-Nur walaupun sibuk dengan tempahan katering yang ada di sepanjang bulan Syawal ini,” ujarnya.

Beliau berharap agar perniagaan akan lebih berkembang dan berharap agar lebih banyak lagi warga tempatan bekerja dengan Restoran Ya-Nur untuk memajukan industri tempatan di negara ini.

“Saya dan keluarga Restoran Ya-Nur mengucapkan penghargaan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan terima kasih kerana hadir, Insya-Allah acara yang serupa akan terus diadakan lagi di tahun-tahun akan datang,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA