Rumah teres jana pendapatan

Rumah teres jana pendapatan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Majlis peletakan batu asas bagi pembinaan lima unit rumah teres di atas tanah milik Baitulmal telah berlangsung hari ini di tapak pembinaan, Lot 48177, Kg Rimba.

Perasmian peletakan batu asas tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam.

Pembinaan lima unit teres itu menelan belanja berjumlah $514,250 dan telah direka bentuk dan dibina oleh Syarikat Sincere Furnishing Sdn Bhd.

Projek tersebut dijangka mengambil masa selama 12 bulan untuk disiapkan. Ia merupakan salah satu daripada pelan strategik pelaburan dan pembangunan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam.

Setelah siap nanti, rumah-rumah teres ini akan dipasarkan atau ditawarkan kepada penyewaan kerajaan, orang ramai dan juga pihak-pihak swasta.

Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom semasa menyempurnakan peletakan batu asas bagi pembinaan rumah-rumah teres berkenaan.
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom semasa menyempurnakan peletakan batu asas bagi pembinaan rumah-rumah teres berkenaan.

Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam ialah sebuah badan pelaburan di bawah Majlis Ugama Islam yang mempunyai misi untuk mengembangkan serta memajukan sebahagian harta-harta Majlis Ugama Islam bagi maksud menjana pendapatan yang tetap menjurus kepada pembangunan sosioekonomi umat Islam di negara ini.

Turut hadir menyaksikan majlis peletakan batu asas ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam, pegawai-pegawai di Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Ugama Islam, Ketua Kampung Rimba dan pegawai-pegawai serta kakitangan badan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA