Rummenigge berang aksi lemah Bayern

Rummenigge berang aksi lemah Bayern

BERLIN, 17 Okt – Karl-Heinz Rummenigge (gambar) menyifatkan keputusan seri 2-2 Bayern Munich dengan Eintracht Frankfurt yang bermain 10 orang sebagai ‘tidak boleh diterima’ sehingga menyebabkan pendahulu Liga Jerman itu tidak menang dalam tiga perlawanan terakhir.

Pengerusi kelab itu berkata, Bayern yang akan menanti kehadiran PSV Eindhoven dalam perlawanan peringkat Eropah awal pagi Khamis ini memerlukan kemenangan selepas kekalahan 1-0 dalam Liga Juara-Juara kepada Atletico Madrid dan seri 1-1 bertemu Cologne dua minggu lalu dalam saingan Bundesliga.

Selepas menang gelaran Liga Jerman sejak empat musim lalu, Bayern meletakkan standard yang tinggi dan Rummenigge tidak gembira dengan persembahan rapuh pada babak pertama berdepan Eintracht kelmarin.

Bayern menguasai 62 peratus posisi – paling sedikit dalam 10 perlawanan setakat musim ini – dan bergantung kepada nasib terutama pada babak pertama di Eintracht.

“Ia bukanlah Bayern Munich pada babak pertama, kami tidak boleh bermain seperti itu,” kata Rummenigge yang berang.”

“Ia tidak boleh diterima, kami perlu keluar ke padang dengan watak yang berbeza.”

“Anda mesti memulihkannya, bermula sekarang hingga bila-bila. Kami mesti berpuas hati kerana memungut satu mata walaupun kami bermain seperti itu pada babak pertama.”

“Kami perlu menunjukkan watak yang berbeza pada Rabu atau kami akan berdepan masalah.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA