Rumput tidak dipotong

Rumput tidak dipotong

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Kira-kira sembilan hari lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, tetapi sejak akhir-akhir ini, keadaan persekitaran di kawasan-kawasan tertentu kelihatan tidak menyenangkan dan seolah-olah terbiar kerana rumput tidak dipotong.

Keadaan sedemikian dapat dilihat di sepanjang jalan lebuh raya dari Daerah Belait menghala ke Jerudong di mana rumput kelihatan begitu panjang sehingga mencapai paras ketinggian 1-2 meter tinggi dan menutupi pagar-pagar dan tanda-tanda di tepi-tepi jalan.

Selalunya pemotongan rumput di tepi-tepi jalan raya tidak termasuk pembersihan parit dilakukan oleh pihak pemborong swasta sekali sebulan. Malangnya tahun ini berlaku dua kali kelambatan dari bulan Februari hingga Mac dan pada bulan April hingga Jun 2016. Keadaan sebegini boleh menimbulkan persepsi atau andaian yang tidak sihat dan segelintir penduduk yang prihatin mengharapkan pihak yang berkenaan akan mengambil inisiatif untuk membersihkan kawasan-kawasan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA