Rundingan Aleppo bermula

Rundingan Aleppo bermula

GENEVA, 2 Mei (AFP) – Setiausaha Negara AS John Kerry memulakan usaha diplomatik di Geneva semalam tatkala kuasa dunia berusaha menghentikan pembunuhan beramai-ramai di bandar Syria Aleppo.

Pertempuran lebih seminggu telah membunuh beratus orang awam dan meninggalkan proses perdamaian yang disokong oleh PBB, ditaja bersama oleh Washington dan Moscow dalam keadaan tergantung.

Kerry berlepas ke Geneva untuk rundingan dengan menteri Arab dan duta perdamaian PBB Staffan de Mistura, tetapi pegawai AS mengaku bahawa banyak yang bergantung pada dasar Rusia.

“Kami sedang berunding secara langsung dengan Rusia, walaupun sekarang,” kata Kerry, selepas seminggu di mana Moscow enggan mengawal sekutunya, pemimpin Syria Bashar al-Assad.

“Harapannya adalah kami boleh mencatat beberapa kemajuan,” kata beliau sebelum mesyuarat dengan Menteri Luar Jordan Nasser Judeh di hotel Geneva, sehari sebelum rundingan dengan De Mistura.

John Kerry dan Menteri Luar Arab Saudi yang kini berada di Geneva dalam usaha rundingan menghentikan pertempuran di Aleppo. – AFP
John Kerry dan Menteri Luar Arab Saudi yang kini berada di Geneva dalam usaha rundingan menghentikan pertempuran di Aleppo. – AFP

“Namun Resolusi Majlis Keselamatan PBB menggesa pemberhentian di seluruh negara dan juga seluruh negara diberikan kemudahan mendapatkan bantuan kemanusiaan.”

Kebimbangan telah meningkat bahawa pertempuran akan membawa kepada kegagalan gencatan senjata di antara rejim Assad dan pemberontak bukan jihad yang dipersetujui pada akhir Februari.

Pada Sabtu, Rusia berkata ia tidak akan menggesa tentera Assad untuk menghentikan serangan udara di bandar yang dibelenggu peperangan kerana mereka sedang mensasarkan kumpulan jihad yang tidak dirangkumi oleh gencatan senjata.

Washington telah menolak hujah-hujah ini dan semalam ketua pusat penyelarasan Moscow di Syria berkata rundingan mengenai pembekuan telahpun bermula.

“Buat masa sekarang rundingan aktif sedang dilancarkan untuk menubuhkan “rejim mendiamkan diri” di wilayah Aleppo,” beritahu Leftenan Jeneral Sergei Kuralenko kepada agensi berita Rusia.

Beliau berkata satu pembekuan dalam pertempuran di timur Ghouta, pinggir bandar Damsyek, telah pun dilanjutkan sehingga Ahad dan satu lagi pembekuan sedang dipertahankan di wilayah Latakia.