Rundingan baru nuklear Iran bermula

Rundingan baru nuklear Iran bermula

WASHINGTON, 4 Jun (AFP) –Para pegawai tertinggi Amerika Syarikat berhimpun semalam di Vienna untuk menyambung semula rundingan nuklear dengan Iran tatkala ibu negara Austria berhempas pulas memastikan rundingan itu mencapai persetujuannya sebelum tempoh akhir 30 Jun ini.

Setiausaha Rendah Negara Wendy Sherman akan mengetuai delegasi AS pada pusingan baru rundingan hari ini dengan kuasa-kuasa global di ibu negara Austria, kata pegawai-pegawai AS.

Beliau mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari kumpulan P5+1 semalam, sebelum rundingan hari ini dengan pasukan Iran yang diketuai perantara kanan Iran, Abbas Araghchi.

Bagaimanapun masih belum dipastikan lagi berapa lama Sherman akan berada di Vienna, kata jurucakap Jabatan Negara Marie Harf.

“Kami akan menghantar orang-orang kami ke Vienna, seperti wang diperlukan,” kata Harf. “Bagaimanapun saya menjangka ini merupakan di mana aksinya adalah mengenai rundingan ini dari sekarang dan 30 Jun.”

Delegasi AD diketuai Setiausaha Negara John Kerry dan delegasi Iran diketuai Menteri Luarnya, Mohammad Javad Zarif ketika rundingan sebelumnya di Vienna. – Reuters
Delegasi AD diketuai Setiausaha Negara John Kerry dan delegasi Iran diketuai Menteri Luarnya, Mohammad Javad Zarif ketika rundingan sebelumnya di Vienna. – Reuters

Rundingan baru dibuka di tengah-tengah ketidakpastian berhubung sama ada Setiausaha Negara AS, John Kerry, yang terbabit secara pesat dalam isu nuklear sepanjang tempoh 18 bulan lepas, mampu membuat perjalanan ke Vienna selepas patah kakinya dalam kemalangan ketika berbasikal. Kemalangan pada Ahad lepas di kawasan pergunungan Alps Perancis berlaku sehari selepas Kerry menghabiskan masa maraton enam jam dalam rundingan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Iran Mohammad Javad Zarif in Geneva.

Beliau kini sedang beransur pulih di hospital selepas pembedahan semalam untuk memulihkan bahagian tulang kakinya yang patah.

Doktor Kerry dilaporkan berkata beliau mahu memastikan diplomat yang membuat kunjungan ke merata dunia itu mampu berjalan semula pada semalam, dan menegaskan pemulihan Kerry tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai Setiausaha Negara.

ARTIKEL YANG SAMA