Rundingan baru tamatkan perang saudara Syria

Rundingan baru tamatkan perang saudara Syria

GENEVA, 13 April (AFP) – Pusingan baru rundingan damai untuk menamatkan perang saudara lima tahun di Syria dijangka bermula di Geneva hari ini, ketika peningkatan keganasan di wilayah utara Aleppo yang mengancam gencatan senjata yang rapuh.

Rundingan yang mana PBB menjadi pihak perantara, bertujuan membentuk kerajaan peralihan dengan diikuti pilihan raya umum untuk menamatkan konflik yang telah mengorbankan lebih 270,000 orang dan separuh penduduk negara berpindah tempat.

Nasib Presiden Bashar al-Assad masih halangan besar, dan utusan Syria PBB Staffan de Mistura telah mengadakan rundingan dengan sekutu-sekutu utama Assad iaitu dari Tehran dan Moscow, sebelum berbincang dengan Jawatankuasa Tertinggi Rundingan pihak pembangkang utama hari ini dan wakil rejim lewat minggu ini.