Rundingan damai Nagorny Karabakh

Rundingan damai Nagorny Karabakh

VIENNA, 5 April (AFP) – Rundingan untuk menamatkan keganasan paling teruk dalam tempoh beberapa dekad dalam wilayah bertikai, Nagorny Karabakh bermula di Vienna hari ini, selepas 46 orang terbunuh dalam tempoh tiga hari pertempuran.

Rundingan itu akan menghimpunkan Rusia, AS dan Perancis dalam kumpulan yang digelar Kumpulan Minsk, yang menerajui usaha untuk menamatkan konflik tidak menonjol yang menghidupkan semula pertumpahan darah dan dengan bahaya Jumaat lalu.

Para penganalisis berkata krisis boleh mewujudkan cetusan di Caucasus, sebuah rantau kumpulan yang bersengketa yang mudah meletus. Rusia dan AS telah menggesa bagi penamatan pertempuran tetapi Turki menyokong Azerbaijan, dan meramalkan rantau itu yang telah dirampas dari sekutunya satu hari nanti akan diperolehi semula.

Rantau pergunungan yang dikelilingi daratan dengan majoriti etnik Armenia mendiami dalam Azerbaijan, Nagorny Karabakh dalam pertikaian sejak kejatuhan Soviet Union dalam tahun 1991.

Seorang lelaki berjalan melintasi bangunan yang telah rosak semasa pertempuran antara tentera Armenia dan Azeri ke atas seluruh rantau Nagorno Karabakh, di rantau Martakert, Isnin lalu. – AFP
Seorang lelaki berjalan melintasi bangunan yang telah rosak semasa pertempuran antara tentera Armenia dan Azeri ke atas seluruh rantau Nagorno Karabakh, di rantau Martakert, Isnin lalu. – AFP

Pasukan pemisah yang disokong oleh Yerevan mengumumkan kesetiaan kepada Armenia dan kemudian mengisytiharkan sebuah republik bebas, satu langkah yang tidak diperakui di mana-mana, termasuklah oleh Armenia.

Dalam pertempuran berikut, kira-kira 30,000 jiwa terkorban dan beribu-ribu orang dari kedua-dua kumpulan etnik itu lari meninggalkan rumah mereka. Gencatan senjata yang mana Rusia menjadi pihak pengantaranya telah ditandatangani pada tahun 1994, tetapi kedua-dua seteru tidak pernah menyetujui perdamaian berkekalan.

Pertempuran sekali sekala berlaku di sepanjang barisan hadapan, tetapi pertempuran darah terbaru memperlihatkan peningkatan sangat berbahaya, menurut para pengulas.