Rundingan damai Selatan Thailand di KL

Rundingan damai Selatan Thailand di KL

BANGKOK, 1 Sept – Rundingan damai untuk menyelesaikan konflik di selatan Thailand antara kerajaan Thailand dan Majlis Syura Patani (MARA Patani) akan berlangsung esok di Kuala Lumpur, kata Jen Prawit Wongsuwan hari ini.

Bagaimanapun timbalan perdana menteri Thailand itu berkata kedua-dua pihak tidak akan menandatangani perjanjian mengenai Terma Rujukan (ToR) rundingan damai, semasa perjumpaan esok.

“Pasukan (pasukan rundingan damai kerajaan) akan pergi ke sana pada 2 Sept. Rundingan damai ini tidak akan dibatalkan,” katanya kepada media ketika ditemui di Rumah Kerajaan di sini dan menurutnya Jen Aksara Kerdphol akan mengetuai pasukan Bangkok dalam rundingan itu. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA