Rundingan dam...

Rundingan damai Syria bermula 23 Februari

SWITZERLAND, 14 Feb – Pejabat Utusan Khas PBB bagi Syria, mengumumkan kelmarin bahawa satu pusingan rundingan damai sesama Syria dijadualkan akan bermula pada 23 Februari, di mana delegasi-delegasi saingan dijangka akan tiba di bandar Swiss pada atau kira-kira 20 Februari.

“Utusan Khas PBB, Staffan de Mistura, secara aktif terlibat dalam beberapa usaha diplomatik bagi memastikan pengesahan berjaya pengaturan, bagi rundingan sesama Syria di Geneva,” jurucakap utusan itu, Yara Sharif berucap dalam satu keterangan bertulis.

“Kami boleh mengesahkan surat-surat jemputan telah dihantar dan juga bahawa perundingan sedang berterusan,” tambahnya.

Rundingan-rundingan damai yang dianjurkan oleh PBB, bermatlamat untuk membroker satu penyelesaian politik terhadap konflik itu yang telah mengorbankan kira-kira 400,000 orang, sejak Mac 2011, dijadualkan bermula 8 Februari sebelum ditangguhkan sebanyak dua kali. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA