Rundingan damai Syria bermula Jumaat ini

Rundingan damai Syria bermula Jumaat ini

GENEVA, 26 Jan – Rundingan bagi menamatkan konflik peperangan di Syria akan bermula di Geneva pada Jumaat selepas ditunda berikutan kekeliruan siapa yang mewakili kumpulan bertelagah di negara itu, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wakil khas PBB, Staffan de Mistura, berkata rundingan dijadual bermula pada Isnin, namun tertangguh selepas berdepan ‘jalan buntu’ berkaitan keputusan berhubung wakil delegasi.

Beliau akan menghantar jemputan kepada delegasi pada Selasa, namun enggan mengesahkan siapakah yang diminta hadir.

De Mistura berkata, keutamaan adalah untuk mendapatkan persetujuan gencatan senjata dan ruang untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang menderita. Beliau berkata, PBB perlu berhati-hati dalam menemukan pihak bertelagah bagi mengelakkan kegagalan berulang. – AFP