Rundingan damai Syria dijangka 25 Januari

Rundingan damai Syria dijangka 25 Januari

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB), 27 Dis – Utusan khas PBB bagi Syria, Staffan de Mistura, menyuarakan harapan dia mampu menemukan para perwakilan kerajaan Syria dan pihak pembangkang, untuk melancarkan rundingan damai antara Syria di Geneva pada 25 Januari.

De Mistura, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakapnya di Geneva berkata bahawa 25 Januari adalah ‘tarikh sasaran’ dan dia ‘telah memperkukuhkan usahanya’ ke arah rundingan damai Syria, untuk mencari penyelesaian politik kepada krisis Syria, yang meletus pada Mac 2011, dan dilaporkan telah mengorbankan lebih 300,000 orang.

Utusan khas PBB juga berharap cadangan rundingan damai Syria termasuklah ‘spektrum pembangkang Syria dan lainnya yang seluas mungkin’ dalam usaha untuk terlibat dalam proses politik, yang membawa ke arah pelaksanaan matlamat dan dasar bagi penyelesaian politik kepada konflik Syria, seperti yang terkandung dalam Kenyataan Geneva 30 Jun 2012, dan Kenyataan Vienna 30 Oktober dan 14 November, 2015’ dan resolusi yang dibentuk sebulat suara oleh Majlis Keselamatan PBB pada 18 Disember, menurut kenyataan itu. – NNN