Rundingan damai Yaman 15 Dis ini

Rundingan damai Yaman 15 Dis ini

ADEN, 8 Dis – Puak-puak yang bermusuhan di Yaman bersiap sedia untuk melaksanakan perdamaian sementara seminggu bermula 15 Disember sementara rundingan damai yang mana PBB menjadi pihak perantara, diadakan di Switzerland, menurut menteri luar Yaman hari ini.

“Perjanjian berhubung gencatan senjata antara kerajaan dan pemberontak-pemberontak kilat seharusnya berkuat kuasa pada 15 Disember dengan permulaan rundingan,” Abdel Malak al-Mekhlafi memberitahu AFP.

Sumber dalam kabinet Presiden Yaman Abedrabbo Mansour Hadi berkata kedamaian sementara itu akan berjalan selama tujuh hari, seperti yang dinyatakan dalam surat yang dihantar oleh Hadi kepada Majlis Keselamatan PBB.

Rundingan untuk mengurangkan pertempuran di seluruh Yaman telah terbantut berbulan-bulan lamanya, dengan konflik meningkat sejak Mac apabila pasukan bersekutu pro kerajaan diketuai oleh Arab Saudi mula mengebom pemberontak-pemberontak Huthi yang disokong Iran.

Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi (tengah) bersama para pegawai dan pengawal keselamatan menyertai solat jenazah gabenor bandar kedua Yaman, Jaafar Saad. - AFP
Presiden Yaman, Abedrabbo Mansour Hadi (tengah) bersama para pegawai dan pengawal keselamatan menyertai solat jenazah gabenor bandar kedua Yaman, Jaafar Saad. – AFP

Dengan krisis kemanusiaan di negara miskin itu semakin teruk, utusan PBB Ismail Ould Cheikh Ahmed berkata semalam bahawa penghentian pantas pertempuran adalah penting sekali bagi mereka yang terlibat dalam apa yang semakin menjadi konflik serantau.

Ahmed memberitahu para pemberita bahawa tiga delegasi akan terlibat dalam rundingan yang mungkin diadakan di luar Geneva yang akan berjalan ‘selama mana ia perlu’.

Delegasi termasuklah wakil kerajaan Hadi, pemberontak Huthi dan para pegawai dari Kongres Rakyat Awam (GPC) yang setia kepada bekas presiden Ali Abdullah Saleh.

Meskipun tidak sepakat pada zahirnya, sebilangan anggota GPC melahirkan sokongan bagi Huthis.

Menurut sumber kabinet, perjanjian yang dicapai sebelum rundingan menggesa para pemberontak ‘menarik balik pengepungan bandar-bandar, membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan dan membebaskan tahanan tentera dan politik.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA