Rundingan dengan Thailand untuk akses ke perkuburan, kem tinggal

Rundingan dengan Thailand untuk akses ke perkuburan, kem tinggal

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) – Polis sedang berunding dengan pihak berkuasa Thailand bagi mendapatkan kebenaran menggunakan jalan darat negara itu dari Satun untuk ke tapak perkuburan dan kem tinggal yang ditemui di Bukit Wang Burma, Perlis bersempadan dengan Thailand.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini berikutan keadaan muka bumi di sebelah Malaysia yang menyukarkan pergerakan ke kawasan itu yang jaraknya hanya kira-kira 400 meter dari wilayah Satun di selatan Thailand.

“Keadaan muka bumi di tempat itu sukar untuk kami akses ke lokasi, dan semalam seorang anggota forensik cedera kerana terjatuh dari tebing.

“Jadi kami sedang berunding dengan Thailand untuk gunakan laluan di negara itu untuk ke lokasi menggunakan kenderaan dan mengeluarkan apa juga yang kami temui di situ melalui jalan raya,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media ketika menyertai program lawatan ke hospital sempena Peringatan Hari Polis ke-208 di sini Rabu.

Anggota pasukan forensic polis mengusung beg-beg mayat digali dari sebuah kem pemerdagangan manusia yang diabaikan di hutan berhampiran sempadan Thailand di Bukit Wang Burma, utara Malaysia, 27 Mei. Pasukan itu menggali dengan tajak dan cangkul hari ini, mula mengeluarkan mayat dari kubur cetek diabaikan di kem hutan di mana badan antara kerajaan mengatakan beratus-ratus mangsa pemerdagangan manusia mungkin dikuburkan. –Reuters