Rundingan hari kedua dengan Mourinho

Rundingan hari kedua dengan Mourinho

LONDON, 25 Mei – Hari kedua rundingan untuk menjadikan Jose Mourinho pengurus Manchester United diadakan hari ini menjelang satu pengumuman yang dijangkakan di mana dia akan mengambil jawatan itu minggu ini.

Bekas pengurus Chelsea dan Real Madrid itu bersetuju bagi syarat-syarat peribadi dalam perjanjian tiga tahun dengan gaji tahunan AS$15 juta, namun isu-isu kekal mengenai hak imej, Sky News melaporkan.

Mourinho memikirkan langkah untuk memasukkan Zlatan Ibrahimovic sebagai salah satu langkah pertamanya dalam jawatan itu, menurut laporan-laporan media, selepas bintang penyerang tengah Sweden itu bermain perlawanan terakhirnya buat Paris Saint-Germain minggu lepas.

United akhirnya memecat Louis van Gaal pada Isnin lepas, dua hari selepas kelab itu memenangi Piala FA dengan kemenangan ke atas Crystal Palace.

Bagaimanapun, kegagalan kelab Old Trafford untuk melayakkan diri ke Liga Juara-juara terbukti fatal buat warga Belanda itu.

Mourinho kini berada di kediamannya di London. – AP
Mourinho kini berada di kediamannya di London. – AP

Tatkala rundingan di antara ejen Mourinho Jorge Mendes dan naib pengerusi eksekutif kelab itu, Ed Woodward dijangka akan diteruskan, legenda Old Trafford Eric Cantona mempersoalkan sama ada dia adalah lelaki yang betul untuk jawatan itu. – AFP