Rundingan kedua berhubung Libya

Rundingan kedua berhubung Libya

TUNIS, 17 Julai – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengadakan rundingan hari kedua berhubung Libya hari ini dengan tujuan membentuk tentera ‘bersatu’ di sebuah negara yang dilanda perpecahan dalaman dan ancaman pejuang jihad.

Pertubuhan itu telah menjadi pihak perantara perjanjian perkongsian kuasa pada tahun lalu untuk membentuk sebuah Kerajaan Perjanjian Kebangsaan (GNA) tetapi badan itu masih dalam kepayahan untuk memperlihatkan kuasanya.

“Semua masalah Libya hari ini terikat pada isu keselamatan,” kata Martin Kobler, ketua misi sokongan PBB di negara itu, selepas hari pertama rundingan di bandar Tunis semalam.

Matlamat rundingan adalah untuk membentuk ‘tentera bersatu Libya di bawah kawalan majlis presiden,” katanya, menurut kenyataannya dalam terjemahan bahasa Arab.

“Libya tidak boleh bersatu selagi ia mempunyai beberapa tentera,” katanya lagi.

Rundingan hari pertama juga menyentuh tentang isu-isu kemanusiaan.

GNA berdepan kegerunan pada beberapa ketenteraan, ekonomi, dan cabaran politik di sebuah negara yang mana militia saingan untuk merebut kuasa sejak penggulingan diktator veteran Moamar Gaddafi pada tahun 2011.

Pasukan-pasukan yang setia kepada kerajaan perpaduan berjuang untuk mengusir kumpulan Islam IS keluar dari kubu kuat pantai pejuang jihad, Sirte.

Pertempuran dua bulan telah mengorbankan kira-kira 250 pejuang pro GNA dan mencederakan lebih 1,400 orang, menurut sumber perubatan di pusat kawalan pasukan bersatu.

GNA tiba di bandar itu tiga bulan lalu, tetapi tidak disokong oleh parlimen Libya yang dilantik, manakala kuasa politik saingan yang berpangkalan di timur jauh negara enggan menyerahkan kuasa. – AFP