Rundingan kurangkan ketegangan

Rundingan kurangkan ketegangan

SEOUL, 20 Nov (Reuters) – Korea Utara dan Korea Selatan hari ini bersetuju mengadakan rundingan pada 26 November, yang mewujudkan suasana bagi mesyuarat pertama peringkat kerajaan menumpu pada mengurangkan ketegangan sejak kedua-dua negara memberi jaminan akan meningkatkan hubungan ekoran pertikaian bersenjata pada Ogos.

Jawatankuasa Korea Utara bagi Penyatuan Semula Aman Korea, agensi utamanya yang mengendali hubungan antara Korea, mencadangkan diadakan perhubungan peringkat kerja bagi rundingan kerajaan di desa gencatan senjata di sempadan mereka yang ditenterakan.

Kementerian Penyatuan Korea Selatan, yang menangani hubungan dengan Pyongyang, berkata ia telah menerima cadangan itu.

Korea Selatan telah mencadangkan diadakan rundingan kerajaan beberapa kali ekoran perjanjian pada 25 Ogos yang menamatkan pertikaian yang melibatkan berbalas-balas tembakan meriam di tengah meningkatkan ketegangan ekoran letupan periuk api di sempadan.

Pemimpin Korea Utara ketika meninjau kereta api bawah tanah yang baru di Pyongyang. – Reuters
Pemimpin Korea Utara ketika meninjau kereta api bawah tanah yang baru di Pyongyang. – Reuters

“Kini kami kembali lagi,” kata John Delury, seorang pakar Korea Utara di Universiti Yonsei di Seoul dan menambah kata cadangan bagi rundingan peringkat kerja akan memudahkan jalan bagi kedua belah pihak untuk meneruskan rundingan.

“Kadang-kadang rundingan ini gagal sebelum ia bermula ekoran apakah peringkat yang perlu dihantar, dan nampaknya ia seperti pendekatan yang sangat pragmatik dan terus terang,” tambahnya.

Sebagai sebahagian perjanjian Ogos, kedua belah pihak mengadakan penyatuan semula bulan lalu bagi keluarga yang terpisah ketika Perang Korea 1950-53. Korea Utara dan Korea Selatan daripada segi teknikal masih berperang kerana konflik berakhir dalam perjanjian gencatan senjata, bukan perjanjian damai.

ARTIKEL YANG SAMA