Rundingan penghujung bulan ini

Rundingan penghujung bulan ini

KABUL, 24 Julai – Kerajaan Afghanistan akan bertemu pemberontak Taliban pada akhir Julai ini bagi pusingan rundingan kedua yang dijangkakan bertujuan untuk menamatkan perang 13 tahun Afghanistan, menurut pegawai dengan kemungkinan gencatan senjata menjadi agenda utama.

Para pegawai Afghanistan mengadakan rundingan bersemuka dengan kader Taliban pada 7 Julai di Murree, sebuah bandar pelancongan di bukit utara Islamabad, Pakistan, yang akan diselia oleh perwakilan Amerika dan China.

Mereka bersetuju untuk bertemu semula lagi dalam masa beberapa minggu akan datang namun tempat itu masih lagi belum disahkan dan ia belum jelas sama ada dialog mula wujud itu akan disokong oleh Taliban yang berperingkat tinggi, dipecahbelahkan oleh hal dalaman.

“Pusingan kedua rundingan….ditetapkan pada 30 atau 31 Julai,” kata Mohammad Ismail Qasimyar, anggota Majlis Perdamaian Tertinggi Afghan (HPC), badan rundingan keamanan tertinggi kerajaan.

“Mesyuarat ini juga akan diselia oleh Amerika Syarikat dan China dan kami akan menegaskan dan meletakkan tekanan dalam mesyuarat bagi gencatan senjata sementara.”

Tambahnya lagi, China ‘kemungkinan’ akan menjadi hos mesyuarat tersebut, namun pegawai HPC lain mengatakan ia belum disahkan lagi.

“Rundingan itu….ditetapkan pada 30 Julai namun perbincangan dan konsultasi masih lagi berterusan antara Afghanistan, Pakistan, Amerika Syarikat dan China tentang di mana untuk menghoskan mesyuarat berkenaan,” kata timbalan pengerusi HPC, Abdul Hakim Mujahid.

“Negara mana yang akan menghoskan mesyuarat itu masih belum disahkan,” ujar Mujahid kepada AFP.

Taliban sejauh ini belum lagi memberi komen rasmi mengenai pengumuman itu namun rekahan dalam golongan pemberontak berhubung rundingan tidak kukuh itu begitu ketara.

“Kali ini, jika rundingan diadakan dan perwakilan daripada pejabat politik Qatar kami tidak hadir, rundingan ini tidak akan dapat diterima oleh kami,” menurut sumber dari Quetta Shura, majlis pemerintah Taliban.

“Delegasi kami dari pejabat politik Qatar seharusnya menjadi sebahagian daripada rundingan ini,” ujarnya kepada AFP, menunjukkan pecahan memuncak dalam perwakilan pemberontak di Quetta dan Qatar, tempat Taliban menubuhkan sebuah pejabat politik pada 2013. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA