Rundingan perdagangan Britain, Australia selepas Brexit

Rundingan perdagangan Britain, Australia selepas Brexit

HANGZHOU, China, 5 Sept – Britain dan Australia telah membincang untuk berunding satu perjanjian perdagangan selepas Brexit, kata pemimpin kedua-dua negara hari ini pada sidang kemuncak G20 di China, tatkala Britain berusaha menjamin hubungan ekonomi sebelum keluar daripada EU.

“Britain membuat pilihan amat penting dan bersejarah untuk meninggalkan Kesatuan Eropah,” kata Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull ketika beliau bertemu dengan rakan sejawatan baru Britain Theresa May di Tasek Barat di Hangzhou.

Selepas pengundiannya untuk meninggalkan Kesatuan Eropah, Britain mesti berunding semula penyertaannya dalam pasaran seluruh dunia, serta kumpulan yang akan ditinggalkannya.

Ia merupakan satu tugas yang besar untuk ekonomi kelima terbesar dunia. Australia “bertekad” untuk memberikan sokongan kepada sekutunya dalam berunding perjanjian baru dengan negara lain, tambah Turnbull.

Theresa May (kanan) bersalaman dengan Malcolm Turnbull semasa rundingan dua pihak di sidang kemuncak G20, Hangzhou, kelmarin. – AFP
Theresa May (kanan) bersalaman dengan Malcolm Turnbull semasa rundingan dua pihak di sidang kemuncak G20, Hangzhou, kelmarin. – AFP

Britain mengekal hubungan yang erat dengan bekas tanah jajahannya, dan May berkata beliau terhutang budi dengan tawaran perbincangan perdagangan oleh Turnbull.

Australia akan menjadi “salah sebuah negara pertama yang akan dibincang bersama kami,” kata beliau, dalam apa yang akan merupakan rundingan pertama sedemikian ekoran pengundian Brexit.

Namun ketua suruhanjaya EU Jean-Claude Juncker berkata beliau menentang rundingan perdagangan di antara Britain dan ekonomi lain sementara ia masih menjadi sebahagian daripada Kesatuan Eropah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA