Rundingan rondaan AS-India di Laut China Selatan

Rundingan rondaan AS-India di Laut China Selatan

NEW DELHI, 10 Feb – Amerika Syarikat dan India telah mengadakan rundingan untuk mengadakan rondaan tentera laut bersama yang dikatakan oleh seorang pegawai pertahanan AS mungkin termasuk Laut China Selatan, satu tindakan yang mungkin membangkitkan kemarahan Beijing, yang menuntut sebahagian besar jalan air itu.

Washington mahu sekutu serantaunya dan negara Asia lain mengambil kedudukan yang lebih bersatu ke atas China mengenai Laut China Selatan, di mana ketegangan telah meningkat ekoran pembinaan tujuh pulau buatan manusia oleh Beijing di gugusan kepulauan Spratly.

India dan Amerika Syarikat telah menambah hubungan tentera dalam beberapa tahun ini, mengadakan latihan tentera laut di Lautan India yang pada tahun lalu membabitkan tentera laut Jepun. Namun tentera laut India tidak pernah melancarkan rondaan bersama dengan negara lain dan seorang jurucakap tentera laut memberitahu Reuters tidak terdapatnya perubahan dalam dasar kerajaan yang hanya menyertai usaha tentera antarabangsa di bawah bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau merujuk kepada keengganan India untuk menyertai misi anti-lanun yang membabitkan berpuluh negara di Teluk Aden dan sebaliknya melancarkan operasinya sendiri di sana sejak 2008.

Pegawai pertahanan AS berkata kedua-dua pihak telah membincang rondaan bersama, menambah kedua-duanya berharap akan melancarkannya pada tahun ini. Rondaan mungkin diadakan di Lautan India di mana tentera laut India merupakan peserta utama serta Laut China Selatan, beritahu pegawai kepada Reuters di New Delhi dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Gambar yang diambil pada 21 Januari 2016 menunjukkan pelajar sekolah dari Sri Lanka melawat pengangkut pesawat terbesar, Tentera laut India, INS Vikramaditya di pelabuhan Colombo di Sri Lanka. – Reuters
Gambar yang diambil pada 21 Januari 2016 menunjukkan pelajar sekolah dari Sri Lanka melawat pengangkut pesawat terbesar, Tentera laut India, INS Vikramaditya di pelabuhan Colombo di Sri Lanka. – Reuters

China menuduh Washington pada bulan ini sebagai berusaha menubuhkan sistem politik hegemoni maritime dalam nama kebebasan pelayaran selepas kapal pembinasa Tentera Laut AS belayar dalam jarak 12 batu nautikal di pulau yang dipertikaikan di rangkaian Paracel Laut China Selatan pada akhir Januari.

Tentera Laut AS melancarkan latihan yang sama pada Oktober berhampiran salah satu pulau tiruan China di Spratlys. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA