Rundingan S-300 Rusia, Iran berjaya

Rundingan S-300 Rusia, Iran berjaya

MOSCOW, 26 Mei (AFP) – Moscow dan Tehran telah mengakhiri rundingan mengenai penghantaran peluru berpandu S-300 Rusia ke Iran yang akan berlaku tidak lama lagi, kata Timbalan Menteri Luar Negeri, Hossein Amir-Abdollahian semalam.

“Rundingan mengenai perkara itu telah berakhir dengan jayanya. Saya menganggarkan yang penghantaran S-300 akan berlaku sedikit masa lagi,” kata Amir-Abdollahian di Moscow.

“Ia akan dilakukan dengan secepat mungkin,” tambahnya selepas mesyuarat dengan rakan sejawatan Rusia, Mikhail Bogdanov.

Kementerian luar negeri Rusia tidak mengesahkan pengumuman itu, namun memetik mengenai ‘kepentingan mengekalkan dialog Rusia-Iran,” dalam satu kenyataan semalam.