Rundingan tahunan M’sia-Thai bincang isu penting dua hala

Rundingan tahunan M’sia-Thai bincang isu penting dua hala

BANGKOK, 7 Sept – Malaysia dan Thailand akan membincangkan beberapa isu penting dua hala, daripada kerjasama dalam memerangi keganasan antarabangsa, hinggalah kepada rundingan damai selatan Thailand pada rundingan tahunan mereka Jumaat ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke rundingan itu, manakala rakan sejawatan beliau, Jen Prayut Chan-o-cha, akan mengetuai delegasi Thailand.

“Jen Prayuth dan rakan sejawatannya dari Malaysia dijangka berbincang tentang kerjasama antara kedua-dua negara mengenai pengurusan sempadan, jenayah rentas sempadan, usaha membanteras kegiatan pemerdagangan manusia dan keselematan siber,” kata kenyataan Kabinet Thailand yang dikeluarkan di sini malam tadi. – Bernama