Runnie FC kibar cabaran

Runnie FC kibar cabaran

Oleh Arissa

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Runnie FC menggalas cabaran ke pentas bola sepak luar dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Bawah 17 Tahun, Sekolah Sukan Brunei hujung minggu lepas.

Perlawanan persahabatan itu diadakan sebagai aksi pemanas badan bagi Pasukan Bawah 17 Tahun, Sekolah Sukan Brunei yang akan menghadapi Sukan Sekolah Asean Ketujuh di Bandar Seri Begawan November ini.

Pengurus Runnie FC, Harun Bungsu berkata berkata perlawanan persahabatan itu memberi pengalaman baru kepada pemain beraksi di luar Daerah Limbang.

Katanya sebelum ini para pemain didedahkan dengan corak permainan di laman sendiri dan keadaan itu pastinya memberikan pemain satu pengalaman manis dapat beraksi di gelanggang lawan.

“Selain keadaan padang yang amat memuaskan, keupayaan pemain lawan membawa cabaran perlawanan yang lebih sengit.

KUKUH PERSAHABATAN....Pasukan Runnie FC (duduk) dan Pasukan Bawah 17 Tahun, Sekolah Sukan Brunei bergambar bersama sebelum perlawanan bermula.
KUKUH PERSAHABATAN….Pasukan Runnie FC (duduk) dan Pasukan Bawah 17 Tahun, Sekolah Sukan Brunei bergambar bersama sebelum perlawanan bermula.

“Tidak ketinggalan ialah menerima layanan mesra daripada mereka,” ujarnya.

Pada perlawanan persahabatan itu, Runnie FC seri 2-2 dengan Pasukan Bawah 17 Tahun Sekolah Sukan Brunei.

Pada program yang sama, kedua-dua pasukan bertukar cenderamata yang dilakukan oleh Pengurus Pasukan Bawah 17 Tahun Sekolah Sukan Brunei, Johari Bungsu yang menyerahkan cenderamata kepada Runnie FC.

Harun juga mahu anak-anak buahnya terus fokus, meningkatkan usaha, prestasi dan latihan untuk menghadapi saingan dalam liga tempatan.

Runnie FC dikendalikan jurulatih berpengalaman, Japar Osman, untuk terus mengukuhkan cengkaman di liga tempatan untuk membarisi senarai Liga Premier buat julung kalinya bersama pasukan lain.

ARTIKEL YANG SAMA