Runtuhan bangunan 17 maut

Runtuhan bangunan 17 maut

BEIJING, 1 Nov (Agensi) – Sebuah bangunan dua tingkat yang sedang menjalani proses ubah suai runtuh menyebabkan 17 pekerja maut dan 23 lagi cedera, kata pegawai semalam.

Kejadian berlaku pada tengah hari kelmarin di bandar Beiwudu di wilayah Henan ketika sekumpulan pekerja sedang mengubah suai sebuah bangunan.

Jurucakap kerajaan tempatan berkata, seramai 40 mangsa berjaya dikeluarkan dari sisa runtuhan bangunan pada awal pagi semalam.

“Bagaimanapun, 17 mangsa disahkan maut manakala 23 lagi cedera dengan sembilan daripada mereka parah,” katanya. Seorang pekerja yang terselamat memberitahu, runtuhan berlaku ketika mereka sedang mengubah suai tingkat satu bangunan kediaman berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA