Runtuhan tebing, 4 maut

Runtuhan tebing, 4 maut

YOGYAKARTA, Indonesia, 18 Jun (Agensi) – Usaha menyelamatkan orang ramai yang tertimbus dalam satu kejadian runtuhan tebing di tempat peranginan pantai Indonesia terjejas disebabkan air pasang.

Penyelaras pencarian tempatan dan agensi penyelamat mengatakan empat orang telah maut dalam runtuhan itu kelmarin dan sekurang-kurangnya empat lagi dipercayai masih tertimbus dalam runtuhan tebing setinggi 15 meter itu.

Pegawai penyelamat, Marjono berkata salah seorang daripada dua yang terselamat dalam runtuhan di pantai Sadranan di Yogyakarta daerah Gunungkidul, mengalami cedera parah.

Mangsa-mangsa dipercayai kumpulan pelancong termasuk dua keluarga dari daerah jiran.

Penyelamat mencari mangsa runtuhan tebing runtuh di pantai Sadranan, Yogyakarta, Indonesia. – AFP
Penyelamat mencari mangsa runtuhan tebing runtuh di pantai Sadranan, Yogyakarta, Indonesia. – AFP

Berdasarkan maklumat daripada saksi, sekurang-kurangnya 10 orang berada di tempat kejadian sewaktu tebing itu runtuh.

Marjono mengatakan kesemua yang terbunuh itu merupakan lelaki.