Rusia akan ‘balas dendam’

Rusia akan ‘balas dendam’

MOSCOW, 18 Nov (AFP) – Rusia telah menumpukan serangan terhadap sasaran kumpulan Negara Islam di Syria semalam selepas mengesahkan bahawa pesawatnya terhempas jatuh akibat serangan bom, membunuh semua 224 penumpang.

Presiden Vladimir Putin berikrar untuk memburu dan ‘menghukum’ orang-orang di sebalik serangan itu, tanpa menyalahkan mana-mana kumpulan tertentu, dan mengarahkan untuk meningkatkan lagi kempen Moscow di Syria dan berikrar untuk ‘membalas dendam’.

Agensi keselamatan Rusia mengumumkan ganjaran AS$50 juta (47 juta euro) bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan mereka di sebalik serangan ke atas pesawat Airbus itu, yang terhempas di semenanjung Sinai sejurus selepas meninggalkan peranginan Sharm el-Sheikh pada 31 Oktober.

Dalam masa yang sama, Putin berjanji akan meningkatkan lagi operasi serangan udara terhadap militan Negara Islam (IS) di Syria, selepas Kremlin menyimpulkan bom sebagai punca nahas pesawat Metrojet Russia yang mengorbankan 224 orang.

Putin (kanan) diapit oleh Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu menghadiri mesyuarat ketika melawat Pusat Kawalan Pertahanan Kebangsaan di Moscow. – Agensi
Putin (kanan) diapit oleh Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu menghadiri mesyuarat ketika melawat Pusat Kawalan Pertahanan Kebangsaan di Moscow. – Agensi

Putin mengadakan tentera laut Rusia di timur Mediterranean untuk menyelaras operasi di laut dan udara bersama tentera laut Perancis selepas Kremlin menggunakan bom jarak jauh dan peluru berpandunya di Syria.

Rusia juga katanya akan meluaskan lagi penggunaan jet penggempurnya kepada 37 pesawat. “Kami akan memburu di mana saja mereka di planet ini dan menghukum mereka,” kata Putin dalam nada sedih yang disiarkan stesen televisyen negara itu.

Kaherah berkata ia telah meningkatkan keselamatan di lapangan terbang di seluruh negara dalam tempoh kemungkinan pesawat itu menjadi ‘sasaran serangan pengganas’, walaupun siasatan Mesir ke dalam bencana itu masih belum mencapai kesimpulan.

“Ia bukan kali pertama bahawa Rusia menghadapi jenayah pengganas kejam”, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata dalam pertemuan dengan ketua-ketua keselamatan beliau.